28 October 2011

buat lelaki itu

wahai lelaki..
saat jari meluncur laju menaip
sederas itu jua airmata ini
demi tuhan wahai lelaki
tidak terlintas walau sebesar zarah pun mencari kesilapan lelaki itu
tetapi wahai lelaki....salah kah hati wanita ini sayu bila terpandang sepi watikah lelaki itu melakukan sesuatu yang telah berjanji tidak mengulanginya lagi..
salah kah wanita ini wahai lelaki...salah kah....
wahai lelaki,
jika segala isi dunia bisa bersuara pasti mereka berbicara
manakan hati ini pernah menyahut seruan jiwa insan lain selain lelaki itu
tiada pun wahai lelaki....tiada...
wanita ini masih tahu erti 'setia' wahai lelaki....percaya lah...
tapi,wanita ini mahukan kepastian dari lelaki itu
cukup la begitu wahai lelaki...cukup la..
wanita ini mahukan kehidupan yang bahagia..sekejap saja wahai lelaki..
bukan mengambil masa yang begitu lama pun
kerna lelaki itu pun tahu setakat mana nafas wanita ini mampu bertahan,
wahai lelaki,
peritnya rasa hati dengan ucapan lelaki itu
wanita ini sudah tiada nilaikah dihati lelaki itu
terlalu tidak sempurnanya wanita ini
tapi dia terlalu sayangkan lelaki itu
meremuk rasa wanita ini menyintai wahai lelaki
memandang sepi setiap sudut jiwa
ini yang lelaki itu janjikan pada wanita ini
tiada airmata untuk wanita ini..tetapi..kesudahan hampa.
terima kasih wahai lelaki kerna meminjamkan secebis rasa bahagia sebentar
akan wanita ini bawa bahagia itu kenafas terakhir
wahai lelaki,
mungkin awalnya lelaki itu akan berkata wanita ini meraih simpati
padahal lelaki itu akan merintih dipusara wanita ini kelak.

yang menyintai lelaki itu tanpa noktah :: wanita ini

No comments: