23 December 2011

Suatu Ketika

suatu ketika
aku masih berlari manja disisi ayah
meratap lembot kewajah ayu punya ibu
mendakap mesra segala kasih yang terbit buat aku

suatu ketika
aku meningkat mengenal erti sayang
belajar mencintai seorang lagi insan
yang mampu buat aku menangis meratap kehilangan

suatu ketika
aku mulai memimpin erat jari sikecil
memberi cinta buatnya tanpa batas
mengelus raot wajah kesayanganku tanpa jemu

suatu ketika
mata lesu menatap keindahan yang telah usang
menongkat segala bahagia kesatu arah
dalam erti kata 'bakal menemui yang maha kaya'

suatu masa
aku bakal disiramkan,diliputi pakaian terakhir
untuk istirehat yang kekal abadi jasadku
aku berharap doa2 dari insan suatu ketika mengiringi
buat bekalan jika suatu ketika dulu aku ada kekurangan



18 December 2011

Kerana Aku Wanita

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku
kerana aku wanita
mudah terahan akhlak seorang lelaki
kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku
kerana aku wanita
air mata teman setiaku
kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
DAN..
kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku
kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu
kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali
kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.