29 October 2011

berganti hati


mampu kah aku berganti hati...yang pasti aku lelah..

sesal

dengan keluh resah
aku menaip dan terus menaip tanpa arah
dimana lagi aku mencurah rasa
tanpa henti aku mengusung kesana sini sebak rasa
dengan doa agar jiwa tidak kalut kelak
tapi aku masih sama bila terjaga dari lena
remuk redam hati makin ketara
tuhan,aku kah manusia yang terpilih
merintih dengan juraian sepi
tanpa mereka ketahui isi hati
sesal aku memberi jiwa
pada dia yang tidak mencintai aku seadanya
masih persoalan menebal didada
mana penghujung arah cinta 
seandainya aku rebah sebelum masa
kirimkan berita jiwa 
aku menyintainya tanpa paksa
walau akhir masa aku bawa sesal dihati


28 October 2011

buat lelaki itu

wahai lelaki..
saat jari meluncur laju menaip
sederas itu jua airmata ini
demi tuhan wahai lelaki
tidak terlintas walau sebesar zarah pun mencari kesilapan lelaki itu
tetapi wahai lelaki....salah kah hati wanita ini sayu bila terpandang sepi watikah lelaki itu melakukan sesuatu yang telah berjanji tidak mengulanginya lagi..
salah kah wanita ini wahai lelaki...salah kah....
wahai lelaki,
jika segala isi dunia bisa bersuara pasti mereka berbicara
manakan hati ini pernah menyahut seruan jiwa insan lain selain lelaki itu
tiada pun wahai lelaki....tiada...
wanita ini masih tahu erti 'setia' wahai lelaki....percaya lah...
tapi,wanita ini mahukan kepastian dari lelaki itu
cukup la begitu wahai lelaki...cukup la..
wanita ini mahukan kehidupan yang bahagia..sekejap saja wahai lelaki..
bukan mengambil masa yang begitu lama pun
kerna lelaki itu pun tahu setakat mana nafas wanita ini mampu bertahan,
wahai lelaki,
peritnya rasa hati dengan ucapan lelaki itu
wanita ini sudah tiada nilaikah dihati lelaki itu
terlalu tidak sempurnanya wanita ini
tapi dia terlalu sayangkan lelaki itu
meremuk rasa wanita ini menyintai wahai lelaki
memandang sepi setiap sudut jiwa
ini yang lelaki itu janjikan pada wanita ini
tiada airmata untuk wanita ini..tetapi..kesudahan hampa.
terima kasih wahai lelaki kerna meminjamkan secebis rasa bahagia sebentar
akan wanita ini bawa bahagia itu kenafas terakhir
wahai lelaki,
mungkin awalnya lelaki itu akan berkata wanita ini meraih simpati
padahal lelaki itu akan merintih dipusara wanita ini kelak.

yang menyintai lelaki itu tanpa noktah :: wanita ini

23 October 2011

hingga nafas pinjaman ini dipulangkan

aku sujudkan ego aku demi kita
aku harapkan cinta yang indah
seringkali aku tertunduk pilu
aku bukan insan yang kau tempatkan dihati
mungkin aku sekadar pada nama
pada pandangan mata duniawi 
namun aku sering bermimpi
hayat ini aku lalui dengan tenang
tapi apa yang takdir hulurkan
persetan dengan rasa jiwa ini
aku mencari teduhan sampai tiba ajal aku
bukan persinggahan yang aku jumpa sewenangnya
takdir mulai menyentuh sanubari
aku seperti mengemis ditepian jalanan
dengan kesebalan hati aku mengukir tawa
dengan titisan airmata aku tersenyum pilu
pahit didalam benak aku tawarkan
jiwa sering merintih dengan sepi
kalot aku merangkak mencari erti
berhempas pulas kah kau menyintai aku
dalam erti kata 'aku hanya bebanan rasa'
aku akan terus mengharap
mungkin hingga nafas pinjaman tuhan ini dipulangkan
aku ingin sekali merasa makna 'cinta seorang insan'
yang tulus menyintai aku yang bakal pulang pada 'pemilik hakiki'

08 October 2011

Entah la....ape rasa ~~~





  • Bukan Laut namanya Jika tidak pernah berombak. 
  • Bukan CINTA namanya Jika perasaan tidak pernah terluka.
  • Bukan KEKASIH namanya JIKA hatinya tidak pernah cemburu dan merindu. 
  • Bukan SAYANG namanya JIKA kekasih tidak pernah menegur kesilapannya. 
  • Bukan KASIH namanya JIKA anda tidak memberi perhatian pada NYA. 
  • -- ♥ -- DIMANA ADA CINTA. DI SITU ADA KEHIDUPAN -- ♥ --